MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Islamic Widget

Islamic Widget

Islamic Widget

Islamic Widget

Islamic Clock: squaredeco01_wpd

Islamic Calendar

N@F

Utusan Malaysia Online – Terkini

mutiara kata

*    Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

*    Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

*    Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

*    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

*    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

*    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.

*    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

*    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.

*    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki
yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

*    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

*    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.

*    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

*    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

*    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

*    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

*    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

*    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

*    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.

*    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

*    Imaginasi menguasai dunia.

*    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

*    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

*    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu.

*    Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

*    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

*    Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

*    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

*    Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

*    Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

*    Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam.

*    Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

*    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

*    Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

*    Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

*    Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat.

*    Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

*    Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

*    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

*    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.

*    Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

*    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya.

*    Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

*    Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

*    Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

*    Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

*    Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

*    Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya.

*    Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

*    Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

*    Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

*    Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda.

*    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup.

*    Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

*    Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

*    Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

*    Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

*    Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

*    Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

*    Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia

*    Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

*    Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

*    Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku

*    Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia

*    Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.

*    Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan

*    Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi

*    Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan.

*    Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

*    Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu.

*    Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

*    Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

*    Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

*    Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian

*    Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
& kejayaan

*    Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

*    Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan

*    Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

*    Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

*    Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

*    Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia

*    Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

*    Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

*    Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

*    Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

*    Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan

*    Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang.

*    Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati.

*    Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

*    Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

« Older entries